Assalammualaikum .. hari ni saya nak kongsi tentang azam ... "keazaman"
apa itu azam ?
perlukah ada azam dalam diri ?
bagaimana hendak capai azam itu?
siapa yang layak mempunyai azam ?
Saya akan mengupas tentang keazaman hari ini. Seringkali pada awal
januari akan dinanti oleh masyarakat Masa itulah kita sibuk memikirkan
azam yang perlu ada .Betul ke tidak ?. Perlu diingat kawan-kawan azam
itu adalh sebuah matlamat dalam diri kita untuk menempuh kehidupan .
Segala apa yang diimpikan memerlukan matlamat dan tidak perlu untuk
menunggu awal tahun.
Conthnya situasi ini "azam aku nak kumpul duit banyak-banyak dalam bank " .
Semua orang hendak duit banyak .Tapi adakah kita berdisplin dalam
mengurus wang sendiri. Gaji saya RM1000 .Cukup ke menampung diri saya.
Zaman ini RM1000 bersamaan RM100 sangat kecil nilainya.
Disebabkan itu saya membuat satu penyelesaian sendiri dengan 3 langkah penyimpanan yang saya panggil "3S".
- Saving day.
- Saving monthly.
- Saving emergency.
"SAVING DAY " penyimpanan hari-hari pada saya tidak semestinya
penyimpanan itu memerlukan modal besar . Cukuplah sekadar baki yang
digunakan pada hari tersebut.Permulaannya adalah RM1.00 saya letak kan
di dalam penyimpanan saya. Pengiraan saya :
1 hari = RM1.00
1 BULAN = RM 30.00
1TAHUN = RM 360.00
Pada saya cara ini boleh membantu pada awal untuk belajar menyimpan .
kemudian "SAVING MONTHLY" penyimpanan ini dilakukan sebulan sekali
.Penyimpanan yang wajib. Bila gaji je terus masuk bank dan
simpan.Untungnya saya telah membuat ASB jadi tak ada masalah untuk
bulanan.Selain daripada itu boleh juga guna transfer .Buat satu kad bank
dan suruh mak simpan.Insyallah lebih konsisten penyimpanannya.
SELF = RM 100.00
ASB = RM100.00
1 TAHUN = RM2400.00
akhir sekali "SAVING EMERGENCY " iaitu kecemasan. Penyimpanan ini memang
perlu ada sebab bila ada hal yang tidak dijangka seperti kenderaan
rosak ianya boleh digunakan pada masa itu .Saya juga telah membaca
beberapa buku tentang penyimpanan kecemasan dan daripada pandangan
beberpap pakar seeloknya penyimpanan kecemasan ini perlu ditambah bukan
dikuranngkan.Kaedah-kaedah ini adalah antara yang telah saya lakukan
.Alhamdullilah telah membantu sedikit untuk masa akan datang
Jadi nasihat saya marilah kita sama-sama menyimpan untuk masa depan .Amalkan displin dalam diri dan yakin untuk menyimpan .
"majulah bangsa untuk negara"
sekian --- miss nanie--
No comments:
Post a Comment