Search This Blog

Sunday 23 February 2014

ASAS MENJAHIT MANIK


Sebelum sis mulakan jahit manik ni sis search kat google bab ciri-ciri kualiti manik dan labuci . ini antara yg sis dapat nyatakan dan berasas dalam menjahit manik .Insyallah kalau kita pilih jalan yg betul ssi percaya kejayaan itu milik kita.  
Peralatan asas adalah seperti :
  • MANIK
  • BENANG
  • JARUM
  • PETANDA (WASHABLE PEN)
  • PENETAS

MANIK
Manik terbahagi kpd dua :
BERKUALITI- lebih mahal ,berkilau dan berkilat ,tidak mudah luntur dan tahan lama.
TIADA KUALITI - warna cepat kusam,mudah luntur dan tidak berkilat.
Penelitian boleh dilakukan untuk mengenali ianya berkualiti atau tidak..kalau susah sgt tya jerr tokey yg jual tue..hu2... 
manik ni ada pelbagai saiz... labuci ??? ok labuci ni satu spesis dgn manik juga cuma kabuci ni ada pelbagai bentuk kadang bntuk bunga ,daun .... tetapi labuc ini biasanya diperbuat drpd plastik .So xde lah mahal sgt ... tapi gabungan manik dan labuci akan menghasilkan suasana yg sangat cantik dan gorgeous...hu3..
BENANG
Pilihlah  yang berkualiti agar jahitan tidak terputus-putus. Biasanya benang cotton biasa yg digunakan.Benang nylon hanya digunakan pada batu acrylic. Benang jenis ini kuat dan tahan lama dan tidak kelihatan benang pada batu acrylic. Namun, ia akan mudah cair dan terputus apabila terkena haba yang tinggi seperti seterika. Jadi perlu berhati-hati semasa seterika baju yang disulam manik menggunakan benang jenis nylon. so korg kne tahu jg jnis benang korg guna..jgnlah beli kat kdai RM2.00 tu sbb nk murah but low quality....





JARUM
Jarum yang digunakan untuk menyulam manik sebaiknya jenis halus agar jahitan kelihatan kemas dan rapi. Lubang manik dan labuci seharusnya boleh dilepasi oleh jarum dan jahitan pada kain tidak menampakkan lubang yang besar.
Jarum yang sesuai digunakan adalah bersaiz 11 dan ianya biasa digunakan oleh penyulam maniK.

PETANDA 
  
petanda ini ada jenis kapur dan pen....paling mudah sekarang adalah jenis pen yg mudah dibasuh..so maknaya xkekal lah..lau nk beli kat kedai manik cakap jerr   "tokey kasi 1 washaable pen "...ok ..

SO asas ni korang mesti tau sebelum korg nak jahit manik tau.....
 

No comments:

Post a Comment